Sejak dunia memasuki era siber dan ramai rakyat Malaysia,tidak kira muda atau tua,yang semakin celik IT,banyak blog-blog telah dilahirkan.Blog inilah pengganti kertas yg telah digunakan oleh masyarakat sejak beratus tahun dahulu dalam mencatat tidak kira luahan hati,karya sakti mahupun dalam penyampaian ilmu.Namun begitu,ada juga antara kita yang menggunakan blog sebagai medium untuk menyebarkan fitnah dimana ia sesuatu yang boleh memecah belahkan manusia.Oleh itu,bagaimana manusia diMalaysia ini menggunakan blog?Apakah tujuan mereka?
Manusia memerlukan rakan untuk berkongsi perasaan,kerana itulah sejak dahulu lagi diari sudah wujud.Ianya satu "platform" untuk kita mengekspresikan apa yang dirasa.Cuma,diari itu bersifat peribadi dan sesiapa akan mempunyai rasa segan untuk berkata,"weh,meh r baca diari aku",ataupun,"kwn,boleh aku buka diari kau untuk tatapan umum?".Hal ini kerana ia telah melanggar undang-undang diari itu sendiri walaupun ada juga manusia berniat begitu.Pada hari ini,tidak perlu lagi kita merasa segan silu berkata sedemikian kerana blog telah mengubah sifat diari itu sendir,dari bersifat peribadi ke umum.Malah ada yang mempromosikan blog-blog mereka."sila singgah".Blog-blog seperti ini selalunya bersifat seperti apa yang kita gelar "blog apa aku buat hari ini".Jika kita teliti,ianya lebih kepada perkongsian pengalaman dan perasaan.Jarang sekali berkongsi ilmu mahupun pendapat.Mungkin ada penulis berkongsi ilmu juga pendapat,tetapi bilangannya adalah sedikit berbanding perkongsian perasaan dan pengalaman.
"Aku rasa kau harus buat macam ini."Ya,sebagai seorang yang mempunyai akal fikiran dan juga mampu menggunakannya dalam menyelesaikan masalah,kita telah menggunakan blog sebagai satu tempat meluahkan idea dan juga nasihat.Blog-blog seperti ini lebih kepada sifat kebebasan bersuara.Malangnya,kebebasan yang diberi sering disalahtafsirkan."Kebebasan" tidak bermaksud anda boleh berkata apa sahaja sehingga menghina mahupun menyentuh sensitiviti yang dimana boleh menyebabkan perkelahian."Kebebasan itu sendiri ada hadnya.Blog seperti ini juga membincangkan isu-isu yang sering melanda manusia,tidak kira dari segi budaya mahupun agama.Ianya bagus kerana disitulah kita menggunakan blog sebagai satu medium untuk bertukar-tukar pendapat dalam mencari satu penyelesaian terbaik.Kritikan.Kritikan terbahagi kepada dua.,positif dan negatif.Apa yang hendak diceritakan adalah mengenai negatif kerana banyak juga blog seperti ini berbanding blog yang memberi kritikan positif.Kebiasaanya bersifat menggunakan bahasa kasar,mencaci,menghina dan bajet bagus.Apabila diteliti,blog-blog ini lebih bersifat politik dan ketidakpuasan hati manusia yang sentiasa rasa dirinya sahaja yang betul.
Mahu pendapatan lebih?Buatlah blog.Nak mempromosikan barangan anda?Gunalah blog.Bagaimana salah satu cara untuk meluaskan pasaran?Pakailah blog.Apa yang hendak disampaikan ialah blog juga digunakan oleh segelintir manusia dalam perniagaan.Ada yang menggunakan nuffnang dan sebagainya,ada yang menjual pakaian dan barangan atas permintaan.Blog seperti ini,contohnya ben ashaari,kelihatan agak serabut kerana terlalu banyak iklan.Bagi yang menual barangan pula,blog mereka kelihatan lebih teratur berbanding blog yang menyediakan servis iklan.
Antara blog yang menarik perhatian adalah blog-blog yang berkongsi cerita-cerita pelik dan terkini.Blog yang memberi maklumat sedikit sebanyak membuka mata kita tentang kejadian pada hari ini.Jangan disangka perkara pelik itu tidak dilakukan oleh orang lain.Juga membuka mata kita terhadap betapa hebatnya manusia,juga betapa bodoh serta tidak dapat diramal akan perbuatan mereka.
Antara blog yang menarik perhatian adalah blog-blog yang berkongsi cerita-cerita pelik dan terkini.Blog yang memberi maklumat sedikit sebanyak membuka mata kita tentang kejadian pada hari ini.Jangan disangka perkara pelik itu tidak dilakukan oleh orang lain.Juga membuka mata kita terhadap betapa hebatnya manusia,juga betapa bodoh serta tidak dapat diramal akan perbuatan mereka.
Penulisan ini hanya sekadar pendapat dan rasa aku,iaitu jenis yang perenggan ketiga.Serba sedikit sahaja yang mahu dikongsikan kerana tahap pembacaan diMalaysia masih ditahap rendah.Tulis banyak-banyak juga tiada guna.Segala salah dan silap harap maaf~
No comments:
Post a Comment