Kecewa Malaysia tewas?Jangan sedih,sudah adat permainan ada kalah dan menang.Menang itu tidak bermakna anda sudah hebat,kalah tidak bermakna kita lemah.Kekalahan lebih banyak mengajar berbanding kemenangan yang hanya mengajar tentang bongkak dan takbur.Dalam kekalahan ini diharap pasukan negara kita dapat memantapkan corak permainan,bukan dari fizikal sahaja,malah dari segi kreativiti dan kepantasan daya pemikiran dalam membuat keputusan,bukan sepak melalut sahaja.
Secara peribadi,aku agak geram dengan corak permainan Singapura yang menjurus kepada permainan psikologi disaat akhir.Ini bukan corak permainan yang perlu dihormati,tetapi perlu dikeji.Permainan yang kotor seperti ini harus dielakkan oleh pemain Malaysia,ia melambangkan anda seorang pengecut,takut,serta lemah.Jika anda yakin dan bermaruah,perlukah bermain secara kotor seperti itu?Kecut.Padan muka diberi amaran oleh pengadil,seharusnya dilayangkan sahaja kad merah.
Berbangga dengan kemenangan kamu itu?Seharusnya anda merasa malu.Lihatlah pemain anda wahai Singapura,apa bangsa mereka?Pemain yang sememang dari Singapurakah?Ceh,bangsat.Kenapa tidak sahaja kau menggunakan pemain-pemain yang sememang darah tumpah mereka diSingapura?Itukah sifat negara yang mendakwa lebih maju dari Malaysia?Namun begitu,tiada salahnya kau menggunakan khidmat mereka,kerana itulah mereka layak bermain.Apa yang menimbulkan persoalan disini,adakah masih lemah pemain kau sehingga asyik jatuh dan cedera sahaja,sedangkan mereka pemain import?"LAME"
Bagi para penyokong Malaysia juga rakyatnya,tidak perlu dikutuk pemain-pemain kebangsaan itu.Tidak harus terpancul keluar ayat-ayat sepert,"main macam orang bodo!,macam budak kampung!,sudah agak akan kalah,lemah sangat.",fikirkan situasi mereka,bermain dihadapan berpuluh ribu penyokong,bermain dalam tekanan.Jika anda bermain,adakah anda akan memperoleh kemenangan,jamin anda akan lebih hebat dari mereka?Andai jawapan anda ya,jumpa Raja Gopal sekarang,pergi daftar nama sebagai pemain Malaysia,itu pun jika anda dapat melayakkan diri anda diterima oleh beliau.
Sebagai manusia biasa,mereka(pemain bola) juga ada melakukan salah dan silap.Antara kesilapan yang dilakukan mereka,secara ketaranya pada permainan yang lepas semasa beraksi diSingapura.Ini adalah pandangan dari kaca mata aku yang tidak pandai bermain bola.+.+
- Tidak seharusnya Raja Gopal membenarkan penjaga gol yang menghadiahkan lima gol itu bermain pada perlawanan pertama.Boleh dimasukkan pada permainan kedua kerana jika Malaysia menang pada perlawanan pertama,tekanan tidak sehebat yang dialami mereka pada perlawanan semalam.
- Pemain Malaysia harus memantapkan skill "passing" bola.Sering kali kita lihat bola dirampas pihak lawan kerana pemain Malaysia tidak "passing" ke rakan pasukan dengan betul.
- Pemain yang malas.Ini bukan perkara yang terlalu nyata sebenarnya dan tidak berlaku pada permulaan permainan.Biasanya berlaku apabila pemain rasa penat atau hilang semangat untuk bermain.
Bagaimana pun corak permainan Malaysia,mereka lebih hebat dari aku yang tidak pandai pun bermain bola.Aku juga bukan fanatik bola,hanya berminat apabila Malaysia beraksi dan apabila rakan-rakan aku mahupun ahli keluarga aku beramai-ramai menyaksikan perlawanan bola
~SEKIAN~
No comments:
Post a Comment