Adakah kita berpuasa jika...
Mata-Melihat aurat seseorang.Contohnya melihat rancangan television yang penuh dengan "keterbukaan".Melayari internet sehingga terlayari laman-laman web terlarang,menonton hindustan dan sebagainya.
Telinga-Mendengar umpatan serta fitnah-fitnah.Ini tidak bermaksud jika anda terdengar.Jika yang umpat-mengumpat itu ialah kawan anda,sila terlepas kata "rasa macam kurus je puasa aku hari ini." atau,"korang tak rasa lapar ke?jom makan".Kurangkan juga menonton rancangan MELODI yang penuh dengan sebaran fitnah dan membuka aib manusia.
Mulut-Aksi carut -mencarut memang berlaku saban hari.Apabila sahaja ada yang tidak kena,mesti terkeluar perkataan yang tidak enak."Er..bukan aku saja-saja la..tak sengaja,tu la,orang tu,wat aku mrh apahal?"haha.Jika begitu,kita kenalah banyak bersabar bukan?Mulut juga kita gunakan untuk mengata orang lain,oleh itu,kenalah kita kurangkan.
Anggota-angota yang lain-Ha..Ini yang perlu dijaga juga pada hari ini.Jika dahulu perlu kita menjaga ia seperti jangan pergi ke kelab malam,mencuri,atau dibulan puasa ini,jangan kita ke restoran-restoran cini atau yang bukan Islam untuk berbuka pada waktu zuhur.Jangan juga tangan digunakan untuk meminta tolong dari rakan-rakan bukan muslim untuk beli makanan untuk anda.Paling penting,jangan gunakan tangan kita untuk sebarkan fitnah dan mengumpat di alam maya ini.
Kesimpulannya,adakah kita berpuasa pada Ramadhan kali ini?Coretan ini hanyalah peringatan buat kita semua,lebih-lebih lagi diri aku yang jahil dan kerdil ini yang juga sering melakukan kesilapan.Bersama-sama kita menjalankan ibadah puasa kita dengan jaya.Buat mereka yang berdarah kacuk atau ada iras-iras india atau cina,jangan pula tidak mengaku muslim ya.Heeeee~
Sekian~
No comments:
Post a Comment